? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.4 (48 Ratings)??941 Grabs Today. 14833 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Smokeing Weed? ????? ?? ???Rating: 4.5 (26 Ratings)??783 Grabs Today. 13522 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Cod BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, August 28, 2009

Harga Sebuah Persahabatan....

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia....

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia...
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.


Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.........ehsan

10 ulasan:

A.I said...

WAHHHHHHHHHH!!

Luahan perasaan ni! siap bertepek2 gambar encem dia.. :)

Tp mmg betul la apa yg kau tulis tu DMX..

akudandia said...

salam DMX..

dibenarkan copy n paste..
hani xkesa pon..
g pon sume kwn2 hani..
tu la harta paling bharga..
huhuhu..

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt... semoga kita menjadi sahabat yang hadirnya sentiasa dinanti. Sebaliknya, perginya dirindui kerana mencari sahabat yang setia dan jujur sukar ditemui. Ibarat mencari sebutir permata di sebalik timbunan kaca... moga Damaiinx tsabat dalam menjalani ibadat bulan mulia ini~

phalla said...

Hello your site is great, I am happy to be here with friends here, could you exchange my link?
I hope you could put my site in to your blog list and
I will do the same,,
here is my site

http://khmerlovenews.blogspot.com/
Phalla
Cheer

MOMMY CGG said...

kawan2.. masam permata:) ade gak kawan2 yang jadi kaca:)

nabilah_2908 said...

sy boleh jd "sahabat itu" tp tuk sy mencari "sahabat itu" amat la payah...

thnks 4 sharing DMX... (^_^)

dmx said...

temekasih,too:)
ai_saja je,nak mghargai sahabat bloger kite :)..ur the best

Bdl_wsalam,Temekasih:)
...ur the best

Aisya Humaira_ingin
mghargai kpd sahabatd n kite sbagai sahabat:)...ur the best

Phalla_hi,thanks.
happy too..
oky take care:)

mieZ_moga kite mjadi sahabat dan kpd sahabat kite:)
ur the best..

nabilah_2908_Thanks 4sharing..too:)

Princess Azah said...

salam damaiinx..betul tu damaiinx..susah nk cr kwn yg sma2 gembira & menangis..1st time tgk pic damaiinx byk2 cm ni..

dmx said...

thank..too:)
yer..ker,
saje nak mghargai...kawan2 sumer
hihihik :)

Unknown said...

salam Ramadhan,
lama tak singgah sini.. sambil dok baca2 n3 tu.. terlama pulak kat n3 ni..
suka membaca nya... memang ada kebenarannya.. sedih kan kalao org anggap kita hebat.. walhal kita ni manusia biasa, yg sama2 saling memerlukan..

foto tu syok2 sendiri tangkap, syok2 sendiri pose... hihiiii.. lucu la kamu nih...